Stocktaking

Saya pernah melihat sebuah perniagaan yang menutup operasinya selama sehari dan saya melihat semua pekerja sedang mengira jumlah inventorinya. Apakah yang sedang berlaku??





Sebenarnya mereka sedang membuat pengiraan inventory untuk mendapatkan jumlah inventory akhir (closing inventory)..Dalam istilah perakaunan kita namakan ia sebagai stocktaking.


Perniagaan sepatutnya mengira inventory akhir mereka pada hari  terakhir accounting period mereka. Tetapi ada juga yang mengira sebelum atau beberapa hari selepas accounting period mereka?
Mengapa?

Ini kerana:

1. Maybe mereka mempunyai masalah kekurangan pekerja. So, kena postpone pada hari yang lain yang ada pekerja ramai


2. Maybe pada hari tersebut ramai pelanggan datang ke kedai, sales tengah tinggi. Kalau tutup kedai utk melaksanakan stoctaking, maka rugilah perniagaan pada hari itu. So, perniagaan memilih untuk melaksanakannya pada hari-hari yang tidak ramai pelanggan. Adalah lebih baik jika membuat stocktaking pada hari yang langsung tiada pelanggan, iaitu pada hari yang sememangnya perniagaan ditutup setiap minggu. Contohnya hari Ahad.
Setelah memahami beberapa perkara, jom kita rest sebentar..Jom kita rehatkan minda dengan kartun-kartun dibawah.. (^_^)..
Layannnn!!!



Tengok cara pekerja ni buat stocktaking..hehheeh

Boss malas nak buat stocktaking..dia nak pergi holiday time pekerja kira inventory..hehhe

Kerajaan ni nak tutup sebab nak kira inventory..bolehka sesebuah kerajaan ditutup sebentar?hehehe

Sekiranya saya membuat pengiraan /stocktaking sebelum atau selepas daripada tarikh akhir acccounting period, adakah dapatan itu betul?


Dapatan itu tidak semestinya betul kerana mungkin terdapat urusniaga jual beli atau kesilapan catatan yang berlaku antara tarikh pengiraan (stocktaking date) dan tarikh akhir accounting period (balance sheet date).


Oleh itu, kita perlu laraskan (adjust) semula jumlah tersebut kepada jumlah yang  betul dengan mengambil kira maklumat berikut:


a) error - terkurangnyata / terlebihnyata  dalam catatan inventory (undercast/overcast/underextended/overextended/understated/overstated)
b) urusniaga  jualan atau belian yang berlaku (sales or purchase)
c) jika berlaku transaksi pulangan belian atau pulangan jualan (sales return / purchase return)
d) sample daripada supplier
e) sample yang diberi kepada customer
f) isu inventory berkaitan dengan konsainan ('sales or return' basis)
g) inventory yang belum disahkan pembeliannya ( inventory sent/received for approval) 
h) jika berlaku penurunan NRV lebih rendah daripada harga kos (reduction to NRV)
g) ambil kira juga inventory kita yang ada di tempat lain / pada orang lain
h) inventory orang lain yang ada pada kita
i) kerosakan atau kehilangan


Perkara tersebut akan dilaraskan sama additambah/ditolak berdasarkan situasi
dan semua perekodan mestilah direkod pada harga kosKalau dinyatakan dalam harga jualan, tukarkan kepada harga kos.