Sistem Inventori

Katakan saya buka perniagaan sendiri, berapa kerap saya perlu keep track keluar masuk inventory saya? tiap2 hari ker?kalau malas nak buat hari-hari, boleh tak kalau nak buat sekali sekala sahaja??ada sistem tak??

Ada DUA sistem, tapi nak guna sistem yang mana adalah berdasarkan berapa banyak JENIS dan JUMLAH inventory dalam perniagaan u all..

Kalau inventory cuma sedikit je jenisnya dan jumlah pun sedikit, u boleh keep track selalu iaitu buat perekodan setiap kali berlaku transaksi beli dan jual inventory u all..
Contohnya, kedai jual motorsikal...u jual motorsikal sahaja dan jumlahnya tak banyak...
Sistem ini dinamakan sebagai  perpetual system (sistem berterusan)



TAPI, kalau u buka kedai runcit mcm MYDIN..just imagine, berapa banyak inventory yang MYDIN ada...tepung, sos,baju, kasut, sabun dan macam-macam lagi...agak-agaknya sempat ka nak catat setiap kali beli dan jual inventory? tak sempat, malah sangat remeh..Oleh itu, perniagaan yang banyak jenis dan banyak jumlah inventory memang akan keep track sekali sekala sahaja.
Sistem ini dinamakan sebagai periodical system (sistem berkala)

Tapi kedua-dua system ini ada pro and cons..
kalau amalkan periodical system/sistem berkala, u all mungkin tidak tahu status jumlah barang yang ada dan tiada dalam kedai...so mungkin lupa nak order yang baru atau u all terlebih order yang baru.segala kehilangan atau kerosakan inventory pun agak sukar diketahui...kalau guna yang sistem berterusan, masalah kekurangan (shortage) atau terlebih (excessive) inventiry tidak akan berlaku, malah sebarang kehilangan dan kerosakan dapat dikenalpasti.. cuma sistem ini akan melibatkan lebih banyak masa, tenaga dan kos.

so mcm mana MYDIN order barang semula?

Sebenarnya mereka ada sytem komputer guna sistem kod bar...bila cashier click kod bar kat kaunter, sistem dah tau ada berapa yang masih tinggal di kedai..n sistem tersebut akan order terus daripada supplier (dah ada software khas)