Penilaian Inventori

Pernah tak terjadi situasi dimana kita tidak BOLEH merekod inventory pada harga kos yang kita beli dahulu???


Jawapannya: YA, pernah terjadi...
iaitu apabila NRV lebih rendah daripada kos (net reliasable value)/nilai boleh realis..so, nilai yang perlu direkodkan ialah pada NRV, bukan lagi kos.
#kalau nilai kos masih tinggi berbanding NRV, maka rekod masih pada harga kos.


Formula:
NRV = sales price - estimated cost of completion
atau dalam bahasa melayu nya ialah:
nilai boleh realis = harga jualan - anggaran kos untuk melengkapkan inventory yang membolehkan ia dijual


Bagaimana ia boleh terjadi??

ada EMPAT sebab:
1. pysical detereriotion -selalunya disebabkan oleh kerosakan (damaged).so inventory kena jual murah
2. economic factor -obselences (ketinggalan zaman/old fashion). so kena jual murah
3. reducing in market value -harga pasaran dunia jatuh, cth getah
4. increasing in cost -apabila terdapat perkara yang perlu ditambah sebelum dapat dijual.so kosnya maybe melebihi harga pasaran

Contoh situasi

Situasi 1:
Ahmad membeli 10 helai cadar RM30.00 seunit. Harga yang ingin dijual ialah RM40 seunit. Walaubagaimanapun, corak cadar tersebut telah ketinggalan zaman. Pelanggan tidak akan membeli cadar tersebut kecuali Ahmad meletak harga yang murah iaitu RM20.00.


maka;
          kos      = RM300
          NRV   = RM200


apabila dibandingkan, didapati nilai NRV lebih rendah daripada kos. Oleh yang demikian, inventory cadar perlu direkodkan pada harga NRV iaitu RM200.

Situasi 2:
Siti membeli 10 helai baju kemeja berharga RM10.00 sehelai. Harga jualan yang ditetapkan ialah RM25.00. Didapati kemeja tersebut tidak mempunyai butang dan ia tidak dapat dijual selagi butang tidak diletakkan. Kos meletak butang bagi setiap helai kemeja ialah RM2.00.


maka;
         kos    =  RM100
         NRV =  RM250-RM20
                   = RM230


apabila dibandingkan, didapati koo lebih rendah daripada NRV.Oleh yang demikian, inventory kemeja masih direkodkan pada harga kos iaitu RM100.

kesimpulannya, u all kena bandingkan kos dan NRV. Nilai inventory yang perlu direkod ialah yang terendah antara kedua...

Kenapa saya perlu memilih yang terendah antara kos dan NRV??


kerana kita berpegang kepada prinsip konservatisma/prudence iaitu langkah berhati-hati dimana ASET (inventory) TIDAK BOLEH TERLEBIH NYATA...that`s why antara kos dan NRV, kena pilih yang terendah. (^_^)